Saturday 14 July 2012

2. resepi inovasi : choco blue cheese

JENIS KEK : KEK KUKUS
KAEDAH : MENGUKUS
CIPTAAN : IMIELY KITCHEN
TEMPOH : 1 1/2 JAM

SALAM bunga-bunga dan kumbang-kumbang yang mimie sayang sekalian.. entry kedua mimie nx kongsi satu resepi kek kukus yang pada asasnya ialah resepi kek kukus cheese yang mimie dan rakan masakan mimie iaitu Ili Syahirah amek dari blog Linda's Flavour. Pakai resepi dy tersangatla menjadi taw.. kengkawan sume mesti cuba k! xsusah pom nx buat dy.. Fyi, mimie sowg yang sangat tidak pandai masuk dapur. Tapi malangla sangat sebab semester neyh mimie kena dipaksa buat masakan inovasi. So me cubala apa yang termampu..dah2..banyak sangat celotehnya kan..jom kite layan dulu cara nx buat kek neyh taw..chooooowww!!

BAHAN-BAHAN :
Bahan A

  1. 1 cawan gula pasir
  2. 1 cawan serbuk koko
  3. 1 cawan susu cair (susu HL yang kite slalu minom tuh an)
  4. 1 cawan susu pekat (susu wat air teh tuh,, hehhehe~)
  5. 1 cawan minyak mazola
*Semua bahan diatas  digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Rehatkan sekejap bila da sebati. 

Bahan B
  1. 3/4 cawan tepung gandum
  2. 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikabonat
  3. 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
     *Semua bahan diatas diayak taw~

Bahan C
  1. 4 biji telur 
*dipukul hingga kembang. nx cepat pukul sampai kembang dan gebu pakai mixer machine k.

Bahan D
  1. 250g cream cheese
  2. 3 sudu besar gula halus (kastor)
  3. 1 sudu kecil esen vanila
  4. 3 titik pewarna biru (ikut kegemaran warna anda..buley sajep)
  5. 1 biji telur
  6. oreo dan koko kruch dihancurkan (ini inovasi kami)
CARA MEMBUAT :
  1. Panaskan pengukus terlebih dahulu..atleast 2 tingkat taw..jangan lupe masukkan air secukupnya kedalam tingkat paling bawah.sentiasa perhatikan air supaya tak kering.
  2. Satukan bahan B dan C kedalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk sajep hingga sebati. ketepikan dahulu.
  3. Dalam bekas lain, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula halus kemudian pukul hingga sebati.
  4. Masukkan telur dan putarkan hingga sebati. jangan lupa masukkan pewarna mengikut kesukaan anda.
  5. Masukkan oreo (dibuang intinya) dan koko krunch yang ditumbuk tadi kedalam adunan.
  6. Letak sedikit perahan lemon kedalam adunan tadi.
  7. Sediakan loyang yang di gris dan dilapik dengan kertas minyak. (pakai kertas A4 bese pom boley sayang~)
  8. Masukkan adunan coklat diikut adunan cheese (D) tadi dan diakhiri dengan adunan coklat semula. ala-ala wat kek lapis laaaa..
  9. Lorekkan sedikit dengan lidi sate.
  10. Kukus selama 1 1/2jam atau sehingga masak. jangan buka pengukus semasa proses mengukus selama 45 minit yang pertama.takut termendap.

*P/S : nx taw kek da masak blom cucukkan dengan lidi sate. kalau dy masih melekat pada lidi bermakna ia belom masak lagi.

Selamat mencuba..law menjadi jangan lupe komen kat mimie k!!
SELAMAT MALAM,,
ASSALAMUALAIKUM..zzZZzzz (0_0)

2 comments:

  1. hehehhe..mane gmbr kek nya??

    ReplyDelete
  2. Otw awk..t kite upload k..rajin2la jengah blog neyh..hehheheheee ♡♡♡

    ReplyDelete