Sunday 15 July 2012

3. 4th Anniversary with love

SALAM si bunga dan si kumbang semua~ malam yang sejuk-sejuk indah neyh ibarat mengerti perasaan mimie yang sangat-sangat berbunga hari ni..KENAPA?? haaaaaaaa~ Sebabnya mimie mcm nak bgtaw jep kat dunia yang mimie tersangatla gumbira hari ni.. 14 July 2012 iaitu genaplah 4 taon mimie menjejakkan kaki di INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT JOHOR.. semester neyh da 9 sem (termasuk foundation setaon setengah) me study di sini.. Macam-macam da mimie lalui di maktab neyh.. ada sedih, ada duka, ada gembira.. Apa perkara paling sedih mimie lalui?? Apa pule perkara gembira yang mimie dapat sepanjang belajar disini?? hik3.. Rasanya biarla mimie cite kat entry akan datang k.. Aish law ikot mulut neyh memang xkan berhenti nak menaip.. Tapi hold dulu laaa..hahhaha..

Ok!! mimie nak cerita tentang hari ni.. After kami hadirkan diri dalam kursus cendawan tiram (*terpaksa tapi bila lama2 minat pula) kami decide nak pergi celebrate our 4th year anniversary.. Siapa K.A.M.I yang mimie maksudkan tuh?? hehehhehe..haruslah kengkawan mimie yang tidak jemu-jemu berkawan dari hari pertama lagi kami menjejakkan kaki disini.. Mereka ialah buah hati saya disini.. merekala musuh, merekalah sahabat, mereka emak, merekalah kaunselor dan merekalah lecturer mimie.. Apa?? kami sambut kat mane?? apa jep ada kat Batu Pahat neyh??hahahhaha~ BP MALL laaaa.. KENAPA pilih BP MALL?? sebabnya tempat paling dekat untuk kami nak imbau semula kenangan kami berjalan kaki nak pegi memane dulu.. TAPI!! tbe2 Che Narb ajak kami nek kete.. pheeewwww~ lega sgt..actually me da mengah da mau jalan kaki ke luar.. da berkilo-kilo lemak me ternak sepanjang belajar kat sini..hahhahahahah (=_=)!

Disebabkan kami keluar lepas maghrib around 8pm gitu jadinya kami hanya sempat pikir tempat makan jep selepas masing-masing punya perut *krek krek seperti cengkerik.. Kami decide nak pergi Chicken Rice Shop.. Jomla kita layanzzzz jep sume gambar-gambar yang me sempat upload k.. Makin banyak cakap makin melalut.. Yan pula ajak mimie berborak dengan dy.. so choowww dulu..hehhehehee~

buah ati saya (mimie , yan , ili , fira)

ok mimie tutop sket gigi tuh (*_*)!

muke yan & fira ibarat nx dapat nur (padahal lapa~) hehehehehe

yeayyyyhhhhh!! neyh la yg kami order from Chiken Rice Shop

muka semangat nak makan..

ok si gemok yang mengah nak makan but si specky tuh masih tersenyum nak teruskan makan lagi.

arrrrggggghh!! kenyangnya.. Alhamdulillah rezeki harini..

budak kuat makan!!

HABIS????

tomeynya anak neyh!! grrrrrrr~
|
|
|
 choppppp!!!! 


ok time nek menda alah kekanakan neyh bwu me ingat yang mimie takot tinggi!!! 
arrrrrggghhhh!!
|
|
|
|
|
|
|
V

dan inila kesayangan saya~

Mimie harap hubungan kami selama lebih 4 tahun neyh xkan berakhir selepas kami graduate.. Love u sayangssss till jannah..insyaAllah.. nite nite semua..

*b4 tidur amek wuduk dan jangan lupa baca doa tidur serta mengucap k.. (^_^)

Assalamualaikum,,



Saturday 14 July 2012

2. resepi inovasi : choco blue cheese

JENIS KEK : KEK KUKUS
KAEDAH : MENGUKUS
CIPTAAN : IMIELY KITCHEN
TEMPOH : 1 1/2 JAM

SALAM bunga-bunga dan kumbang-kumbang yang mimie sayang sekalian.. entry kedua mimie nx kongsi satu resepi kek kukus yang pada asasnya ialah resepi kek kukus cheese yang mimie dan rakan masakan mimie iaitu Ili Syahirah amek dari blog Linda's Flavour. Pakai resepi dy tersangatla menjadi taw.. kengkawan sume mesti cuba k! xsusah pom nx buat dy.. Fyi, mimie sowg yang sangat tidak pandai masuk dapur. Tapi malangla sangat sebab semester neyh mimie kena dipaksa buat masakan inovasi. So me cubala apa yang termampu..dah2..banyak sangat celotehnya kan..jom kite layan dulu cara nx buat kek neyh taw..chooooowww!!

BAHAN-BAHAN :
Bahan A

  1. 1 cawan gula pasir
  2. 1 cawan serbuk koko
  3. 1 cawan susu cair (susu HL yang kite slalu minom tuh an)
  4. 1 cawan susu pekat (susu wat air teh tuh,, hehhehe~)
  5. 1 cawan minyak mazola
*Semua bahan diatas  digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Rehatkan sekejap bila da sebati. 

Bahan B
  1. 3/4 cawan tepung gandum
  2. 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikabonat
  3. 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
     *Semua bahan diatas diayak taw~

Bahan C
  1. 4 biji telur 
*dipukul hingga kembang. nx cepat pukul sampai kembang dan gebu pakai mixer machine k.

Bahan D
  1. 250g cream cheese
  2. 3 sudu besar gula halus (kastor)
  3. 1 sudu kecil esen vanila
  4. 3 titik pewarna biru (ikut kegemaran warna anda..buley sajep)
  5. 1 biji telur
  6. oreo dan koko kruch dihancurkan (ini inovasi kami)
CARA MEMBUAT :
  1. Panaskan pengukus terlebih dahulu..atleast 2 tingkat taw..jangan lupe masukkan air secukupnya kedalam tingkat paling bawah.sentiasa perhatikan air supaya tak kering.
  2. Satukan bahan B dan C kedalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk sajep hingga sebati. ketepikan dahulu.
  3. Dalam bekas lain, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula halus kemudian pukul hingga sebati.
  4. Masukkan telur dan putarkan hingga sebati. jangan lupa masukkan pewarna mengikut kesukaan anda.
  5. Masukkan oreo (dibuang intinya) dan koko krunch yang ditumbuk tadi kedalam adunan.
  6. Letak sedikit perahan lemon kedalam adunan tadi.
  7. Sediakan loyang yang di gris dan dilapik dengan kertas minyak. (pakai kertas A4 bese pom boley sayang~)
  8. Masukkan adunan coklat diikut adunan cheese (D) tadi dan diakhiri dengan adunan coklat semula. ala-ala wat kek lapis laaaa..
  9. Lorekkan sedikit dengan lidi sate.
  10. Kukus selama 1 1/2jam atau sehingga masak. jangan buka pengukus semasa proses mengukus selama 45 minit yang pertama.takut termendap.

*P/S : nx taw kek da masak blom cucukkan dengan lidi sate. kalau dy masih melekat pada lidi bermakna ia belom masak lagi.

Selamat mencuba..law menjadi jangan lupe komen kat mimie k!!
SELAMAT MALAM,,
ASSALAMUALAIKUM..zzZZzzz (0_0)

Tuesday 10 July 2012

1. Terwujud


Assalamualaikum si bunga dan si kumbang sekalian~
ummp..actually i dun have any words to say~ *speechless.. dis is ma first time untuk tulis blog neyh yang diajar dan  dipaksa oleh ma classmate ira!! hehehhehe thanks to her bcoz dy la yang sangat penyabar melayan mimie yang sangat teringin menulis blog neyh..

sebelum neyh ira selalu pikir yang mimie da lame menulis blog tp apakan daya the facts is saya buta IT..hahhahahaha~ (=_=)"..mesti korang tertanya-tanya kan nape tibe-tibe tanpa angin dan ribut me nx menulis blog an..da reason is :

  1. Mimie ada banyak sangat nak ceritakan serta kongsikan pada sang bunga n sang kumbang sekalian. Kadang-kala law nx cerita kat Fb ka Twitter ka xsyiok tulis panjang-panjangkan dan terlampau open bagi mimie.
  2. Mimie nak belajar menulis blog. hehehhehe coz blog nampak macam ohsemmm sangat nak menaip. 
  3. Mimie nak belajar jadi minah jiwang. Bile ada blog an kite akan selalu berfikir apa yang kite nx tulis untuk update terbaru blog kite agar kengkawan kite owez taw tentang kite. Then barulah otak kite selalu berkembang *blurp blurp dan akan menjadi seorang yang kreatif. btol x? (^_^) 
  4. Mimie nak tambah kengkawan dialam maya. untuk apa? haaa untuk hilangkan rasa bowink n tension kite kan. Me pnh dgr pepatah mengatakan biar kita berkawan dengan ramai orang dan menghadapi karenah mereka daripada mengambil keputusan duduk bersendiri. InsyaAllah kalo ada rezeki mana taw terserempak dekat tengah jalan ka, tempat shopping ka, masjid ka, da ad kawan me nak bertegur kan dan hubungan kite akan makin akrab.
  5. Mimie nx kongsi apa yang mimie ada,mimie dapat,mimie belajar n mimie pikirkan. Bukan untuk riak or bangga tapi nx bersama-sama bunga n kumbang sekalian share apa kita adakan. andai entry mimie seterusnya nampak macam riak takabbur tegur-tegurla mimie dengan cara yang elok taw3~
  6. dan yang terakhir sekali insyaAllah mimie akan gunakan blog mimie ini sebaiknya untuk jalan yang elok.
hehehehhehe~ da tawkan reasonnya kenape mimie membikin ini blog? hope sang bunga dan sang kumbang sekalian sudi support me..banyak lagi mimie kena belajar dalam selok belok buat blog neyh..mintak maafla law ayat-ayat dalam blog mimie agak *errkkk mengjengkelkan k..dan sepuloh jari mimie mohon maaf andai entry blog mimie ada menyentuh isu sensitiviti masyarakat, individu, bunga n kumbang sume2 k..

a lots of <3 from me~
DIANA NASIEHA KASIRAN
a.k.a
mimiE



Bismillahirahmanirrahim,,
ok dis is my blog...